ناديه حدري اهلا وسهلا : Selamat Datang Kepada Semua Pengunjung

Jumaat, 30 April 2010

Kenapa Nafsu Degil???????????

"Dalam kitab karangan Usman b Hasan b Ahmad ada menceritakan Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud, "Wahai akal! mengadaplah engkau. Aku ingin tahu darimu, siapakah Aku ini dan siapa pula engkau?" Lalu akal pun menjawab...
"Engkau adalah Tuhan yang menjadikanku dan aku adalah hambaMu yang lemah." Setelah itu Allah memanggil nafsu pula datang mengadap, tetapi nafsu hanya mendiamkan diri. Begitulah sehingga tiga kali ianya dipanggil barulah ia datang mengadap.
Allah berfirman padanya, "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Jawab nafsu, "Engkau adalah Engkau dan aku adalah aku." Allah lalu menyeksanya dalam neraka jahim selama 100 tahun kemudian mengeluarkannya semula untuk disoal. Allah menyoal lagi, "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Jawab nafsu, "Aku adalah aku, Engkau adalah Engkau." Allah lalu memasukkannya ke dalam neraka juu' pula selama 100 tahun, kemudian mengeluarkannya untuk disoal.
Kali ini barulah nafsu mengaku hakikat dirinya, katanya, "Aku adalah hambaMu yang lemah dan Engkau adalah Tuhanku yang Maha Kaya." Dalam kitab yang sama juga ada diterangkan dengan sebab itulah Allah telah mewajibkan puasa bagi mengekang nafsu yang jahat.

2 ulasan:

  1. ustazah..
    selain daripada puasa..
    ape yek cara lain nak kekang nafsu??...

    BalasPadam
  2. haa..meh yangbukan ustazah ni cuba nk jawab..salah silap harap dbetulkan..
    slain puasa, cara lain nk kekang nafsu adalah dgn banyakkan berzikir..dgn berzikir, kita akan menyebut nama Allah..dgn menyebut nama Allah kita secara automatiknya akan mengingati Dia..dan dgn mennginngatiNya kita akan inngat dosa pahala,syurga neraka..maka dgn semuanya itu berada dalam benak kita InsyaAllah kita x akan sanggup menurut hawa nafsu..

    selain itu, banyakkan membaca Al-Quran supaya dapat menghalang syaitan2 drpd terus membisikkan hasutan2 ke arah nafsu..haa..bgitulah seadanya yg dketahui..mst ada banyak cara lain lg..insyaAllah ustazah plak akan jawab nnt..sekian,terima kasih..haha

    BalasPadam