ناديه حدري اهلا وسهلا : Selamat Datang Kepada Semua Pengunjung

Sabtu, 15 Mei 2010

Peguam vs Guru

SELAMAT HARI GURU


Assalamualaikum w.b.t ....................................

Hmmmmm kini telah tiba untuk ku mencoret serba sedikit buat tatapan semua pembaca blog ku, seandainya ade tersilap bahasa atau tersalah eja harap dimaafkan.

Aku pasti pembaca blog ku pasti ada dikalangan guru............tidak kira la samaada ustazah, cikgu, teacher, dan sebagainya, yang pasti mereka ini adalah guru @ pendidik. Dalam kehidupanku sejak kecil lagi dikelilingi dengan ustazah2, makcik ustazah......mak ustazah.....ayah ustaz......pakcik ustaz.......sepupu ustazah........dan kini suami ku juga seorang ustaz dan aku seorang ustazah....huhuhuhu.



Ustaz Syukri & Ustazah Nadiah


Cita2 ku sejak kecil ingin menjadi seorang peguam, pakai jubah peguam, bawa fail2 kes, wangi, pergi court, pakai baju warna hitam putih & serba serbilah mengenai peguam semuanya indah belaka bagi aku. Ayahku bekerja sebagai Peg. Tadbir Agama sejak aku kecil lagi & pernah juga bekerja sebagai ketua pendakwaraya. Jadi kami sekeluarga akan tinggal di QRTS kadi, bila tinggal di qrts maka rumah kami dekat lah dgn mahkamah syariah, aku selalu ikut ayah ku pergi pejabat pada hari minggu, apa lagi sambil menyelam minum air lah.....aku x kan lepaskan peluang menyelinap masuk ke mahkamah....sebab mahkamah sebelah pejabat je. Best sangat ingat lagi kenangan tu, masa tu aku lah yang jadi hakim, peguam & dalam masa yang sama pesalah.....opsss lagi satu jaga dalam mahkamah.


Ayahku seorang pengamal undang-undang, jadi dalam hidupku didedahkan mengenai undang2 keluarga, hukum Islam & dalam masa yang sama masa aku kecil2 dahulu kadang2 ramailah pasangan suami isteri yang bermasalah datang ke rumah untuk selesaikan masalah......Lagi satu dulu masa kecil tapi dah besar sikit.hmmmmmmm ayahku selalu minta tolong isikan borang nikah.........Ayahku acap kali cakap kat aku "Nadiah dah besar nanti jadi peguam ye.......baba nak jadi peguam x dapat....hakim pun x da rezeki...nanti Nadiah sambung cita2 baba ye" dedulu lah masa kecik2.


Okey..........masa aku belajar diploma aku ambil jurusan Pengurusan Dan Pentadbiran Islam...memang best...ingat lagi lacture aku yang nama dia Ustaz Zulkarnain....Dia lah yang ajar aku subjek2 undang2 malaysia. Lepastu praktikal di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor....nak tahu x? Pagi2 pergi praktikal ayahku yang hantar, tiap2 pagi aku mesti semangat nak pergi sebab nanti masa dalam lif mesti ada peguam lelaki yang pegang fail kes & beg roda yang sanngat wani & sangat bergaya ditambah pula hensem.....kasut diorang kilat wwwooooooo.Kadang2 aku sanggup naik lif sampai ketingkat 3 walaupun aku di tingkat 2....huhuhuhuhuhuu.....astaghfirullahhalazim.


Hmmmmm masa kat UIN STA Jambi pula aku ambil jurusan Hukum Islam, bab undang2 lagi....ayah ku masih lagi beri galakkan yang sama, alang2 ambil jurusan undang2 masa diploma lebih baik Nadiah teruskan......ayahku cakap macam tu, aku pun ape lagi....okey ba Naya cube. Bila dah habis belajar & cuti semster aku selalu jadi guru ganti & pokoknye ape2 pekerjaanku mesti guru...........mak aku pula selalu cakap Nadia kita ni orang perempuan sesuai jadi cikgu, ada masa dengan keluarga & anak2. Tapi aku selalu cakap "Naya x nak jadi cikgu, kalau dah x ada kerja lain baru Naya akan jadi cikgu" maknanya pilihan terakhirlah.(jahatkan).Bagi aku jadi cikgu x hebat pakaian biasa je, pastu balik sekolah mesti busuk sebab dikelilingi murid2 & macam2 lagila. Sangat x suka...........aku kalau boleh nak ade bilik sendiri x nak berasak2 kongsi meja macam meja2 guru aku masa belajar dulu2....itu persepsi aku.


Kalau nak jadi peguam mesti ada DAIJ......tp aku x ada....sebab lepas habis ijazah aku dah x sambung belajar....aku berkahwin........haaaaaaaaaaaaaaa ni citer pas aku kahwin pula. Lepas belajar suami aku dapat jadi ustaz.....aku selalu merungut.....x nak lah abang jadi ustaz, takkan abang nak ditakuk ni je....abang kena ambil DAIJ, ayang pun macam tu gak......suami aku jawab pula................" Sayang.....jadi guru ni satu pekerjaan yang mulia, kalau ayang tak dapat jadi peguam sekali pun ayang tetap dapat melahirkan beribu2 peguam kalau ayang jadi guru, kita mesti bersyukur atas apa pekerjaan yang Allah dah aturkan untuk kita, kat luar tu lagi ramai orang yang menganggur". 6 bulan selepas tu suami aku ditawarkan di SMA MAIWP...........alangkah bersyukurnya kami sekeluarga.....aku pun mohon jaga kat sekolah suamiku............tapi asyik x dapat je,borang x lengkapla dan macam2 lagi lah....Aku pun x tahu macam mane lepas selalu suami aku nasihat punya nasihat aku macam boleh terima kalu x jadi peguam....ntah macam mana ayahku pun bagi galakkan pula...ayahku siap cakap lagi Nadiah ambil diploma pendidikan lah.....mungkin ayah ku fikir ini yang terbaik untukku. aku jadi guru sekolah rendah.....guru ganti, guru kerumah2 dan kini aku seorang guru disekolah suamiku SMA MAIWP.....masa dapat tawaran tu aku & suami nangis....punyala besar penangan SMA MAIWP tu.........Alhamdulillah


Semua pekerjaan yang pernah aku alami GURU...............orang selalu cakap yang kita x sula tulah kita akan dapat.......aku pun x tahu.bila dipikir2 balik agak2nya kenapa aku lambat dapat tawaran dan dugaan banyak sebelum dapat sekolah suamiku mesti sebab dedulu aku pernah cakap kalau dah tak ada pilihan baru aku akn jadi cikgu....( x baikkan) hmmmmm kini aku besyukur sangat dapat jadi cikgu.....kini juga murid2 la diantara kesayanganku...walaupun aku x dapat ucapan selamat hari ibu tapi aku dapat ucapan "Selamat Hari Guru Ustazah Nadiah"...Aku sangat bangga dapat mendidik anak bangsa & agamaku Islam. Satu kepuasan bagi ku dapat memahamkan pelajar dan memberi kejayaan dunia dan akhirat pada mereka. Aku percaya pasti ada hikmahnya diatas apa yang telah diaturkan oleh Allah s.w.t pada perjalanan hidupku.....aku redha dan akan berusaha untuk melakukan yang terbaik dan cemerlang....Kini suamiku....baba....mama tersenyum riang melihat aku menjadi guru...." suamiku....mama & baba selalu cakap kalau bekerja kene ikhlas, jadi guru ni tanggungjawab dia besar, kita x boleh nak ponteng sesuka hati kene fikir pasal anak murid......orang selalu cakap anak tu amanah untuk ibu bapa.......tapi kalu kita sebagai seorang guru......anak murid tu amanah kepada guru2.......kita lah yang akan mencorakkan kejayaan dan akhlak mereka....


Akhirnya kini aku yang bergelar seorang khalifah, anak, kakak, isteri & kawan adalah seorang GURU. Syukur tak terhingga kehadratMu ya Allah diatas pekerjaan yang mulia ini............SELAMAT HARI GURU kepada semua guru2 di seluruh dunia.....Jasamu tidak terhingga hanya Tuhan saja yang dapat membalas segalanya.






Aku seorang guru

Tidak pernah jemu memikirkan


Yang terbaik demi kalian

Akanku pertaruhkan segala jiwa dan ragaku

Demimu anak didikku

Akan ku jadikan kalian kebanggaan

Kedua ibu bapa, agama dan negara

Semoga kalian peroleh kejayaan di dunia dan akhirat

AMIN


~~~nadisyuk~~

5 ulasan:

  1. emmm..begitu rupanya crita naya..asal usulnya nk jd peguam..tp pandai ustaz bg nasihat kan?walaupun xdpt jd peguam atau doktor sekalipun, kita tetap dapat melahirkan ramai peguam dan doktor..
    mencipta ribuan peguam lebih baik dr menjadi seorang peguam..betul x?
    tahniah kpd naya n ustaz sbb trpilih oleh Allah utk brada dlm kalangan guru atau ulama' krn ulama' adalah pewaris nabi..insyaAllah..

    BalasPadam
  2. alhamdulilah. semua ini adalah ketentuan allah. kita kena yakin ape yang allah tentukan itu adalah yang terbaik baik daripada apa yang kita rancang.jadi kita kena la syukur apa yang dah ada depan mata.mungkin ini lah yang dikatakan takdir. seperti takdir allah menemukan adam dan hawa setelah lama berpisah.tuhan menguji supaya dapat meningkatkan iman kita.allah itu maha adil dengan ketentuan nya.dengan itu bersyukurlah.alhamdulilah.

    BalasPadam
  3. salam sayang. ingatlah semua ini adalah pentas dunia, kita adalah pelakonya.allah adalah penagarah yang agong.adaikata kita merancang untuk esok,allah dah merancang sebelum itu lagi.andaikata kita sesuatu yang terbaik, allah terlebih dahulu menyatakan itu yang terbaik utk hambannya.hanya kadang kala pelakon doif ini boleh memimta yang terbaik untuknya, terpulang jugala pada pengarah itu untuk memberi.jadi banyaklah memohon agar diberi kejaya dunia dan akhirat.ya allah makbulkan doa kami.kami lah hamba mu yang mengharap magfirah mu.syukur kerana kau dah letak martabat kami disini dan disisi mu.ya allah usah kau uji kami dengan ujian yang kami tidak terdaya.kami lah hamba yang mengharapkan syurga mu yang kekal selamanya.amin.

    BalasPadam
  4. aminnnnn ya robbal alamin..i love u too nadiah

    BalasPadam