ناديه حدري اهلا وسهلا : Selamat Datang Kepada Semua Pengunjung

Selasa, 1 Jun 2010

Jumaat, 21 Mei 2010

MUNGKIN

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul. Apabila kita menemui insan yang betul ,kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Berdiam Diri Diwaktu Mendengar Azan

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'. Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Peringatan buat kita semua: Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya. Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.............

Isnin, 17 Mei 2010

Ahad, 16 Mei 2010

Sabtu, 15 Mei 2010

Peguam vs Guru

SELAMAT HARI GURU


Assalamualaikum w.b.t ....................................

Hmmmmm kini telah tiba untuk ku mencoret serba sedikit buat tatapan semua pembaca blog ku, seandainya ade tersilap bahasa atau tersalah eja harap dimaafkan.

Aku pasti pembaca blog ku pasti ada dikalangan guru............tidak kira la samaada ustazah, cikgu, teacher, dan sebagainya, yang pasti mereka ini adalah guru @ pendidik. Dalam kehidupanku sejak kecil lagi dikelilingi dengan ustazah2, makcik ustazah......mak ustazah.....ayah ustaz......pakcik ustaz.......sepupu ustazah........dan kini suami ku juga seorang ustaz dan aku seorang ustazah....huhuhuhu.



Ustaz Syukri & Ustazah Nadiah


Cita2 ku sejak kecil ingin menjadi seorang peguam, pakai jubah peguam, bawa fail2 kes, wangi, pergi court, pakai baju warna hitam putih & serba serbilah mengenai peguam semuanya indah belaka bagi aku. Ayahku bekerja sebagai Peg. Tadbir Agama sejak aku kecil lagi & pernah juga bekerja sebagai ketua pendakwaraya. Jadi kami sekeluarga akan tinggal di QRTS kadi, bila tinggal di qrts maka rumah kami dekat lah dgn mahkamah syariah, aku selalu ikut ayah ku pergi pejabat pada hari minggu, apa lagi sambil menyelam minum air lah.....aku x kan lepaskan peluang menyelinap masuk ke mahkamah....sebab mahkamah sebelah pejabat je. Best sangat ingat lagi kenangan tu, masa tu aku lah yang jadi hakim, peguam & dalam masa yang sama pesalah.....opsss lagi satu jaga dalam mahkamah.


Ayahku seorang pengamal undang-undang, jadi dalam hidupku didedahkan mengenai undang2 keluarga, hukum Islam & dalam masa yang sama masa aku kecil2 dahulu kadang2 ramailah pasangan suami isteri yang bermasalah datang ke rumah untuk selesaikan masalah......Lagi satu dulu masa kecil tapi dah besar sikit.hmmmmmmm ayahku selalu minta tolong isikan borang nikah.........Ayahku acap kali cakap kat aku "Nadiah dah besar nanti jadi peguam ye.......baba nak jadi peguam x dapat....hakim pun x da rezeki...nanti Nadiah sambung cita2 baba ye" dedulu lah masa kecik2.


Okey..........masa aku belajar diploma aku ambil jurusan Pengurusan Dan Pentadbiran Islam...memang best...ingat lagi lacture aku yang nama dia Ustaz Zulkarnain....Dia lah yang ajar aku subjek2 undang2 malaysia. Lepastu praktikal di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor....nak tahu x? Pagi2 pergi praktikal ayahku yang hantar, tiap2 pagi aku mesti semangat nak pergi sebab nanti masa dalam lif mesti ada peguam lelaki yang pegang fail kes & beg roda yang sanngat wani & sangat bergaya ditambah pula hensem.....kasut diorang kilat wwwooooooo.Kadang2 aku sanggup naik lif sampai ketingkat 3 walaupun aku di tingkat 2....huhuhuhuhuhuu.....astaghfirullahhalazim.


Hmmmmm masa kat UIN STA Jambi pula aku ambil jurusan Hukum Islam, bab undang2 lagi....ayah ku masih lagi beri galakkan yang sama, alang2 ambil jurusan undang2 masa diploma lebih baik Nadiah teruskan......ayahku cakap macam tu, aku pun ape lagi....okey ba Naya cube. Bila dah habis belajar & cuti semster aku selalu jadi guru ganti & pokoknye ape2 pekerjaanku mesti guru...........mak aku pula selalu cakap Nadia kita ni orang perempuan sesuai jadi cikgu, ada masa dengan keluarga & anak2. Tapi aku selalu cakap "Naya x nak jadi cikgu, kalau dah x ada kerja lain baru Naya akan jadi cikgu" maknanya pilihan terakhirlah.(jahatkan).Bagi aku jadi cikgu x hebat pakaian biasa je, pastu balik sekolah mesti busuk sebab dikelilingi murid2 & macam2 lagila. Sangat x suka...........aku kalau boleh nak ade bilik sendiri x nak berasak2 kongsi meja macam meja2 guru aku masa belajar dulu2....itu persepsi aku.


Kalau nak jadi peguam mesti ada DAIJ......tp aku x ada....sebab lepas habis ijazah aku dah x sambung belajar....aku berkahwin........haaaaaaaaaaaaaaa ni citer pas aku kahwin pula. Lepas belajar suami aku dapat jadi ustaz.....aku selalu merungut.....x nak lah abang jadi ustaz, takkan abang nak ditakuk ni je....abang kena ambil DAIJ, ayang pun macam tu gak......suami aku jawab pula................" Sayang.....jadi guru ni satu pekerjaan yang mulia, kalau ayang tak dapat jadi peguam sekali pun ayang tetap dapat melahirkan beribu2 peguam kalau ayang jadi guru, kita mesti bersyukur atas apa pekerjaan yang Allah dah aturkan untuk kita, kat luar tu lagi ramai orang yang menganggur". 6 bulan selepas tu suami aku ditawarkan di SMA MAIWP...........alangkah bersyukurnya kami sekeluarga.....aku pun mohon jaga kat sekolah suamiku............tapi asyik x dapat je,borang x lengkapla dan macam2 lagi lah....Aku pun x tahu macam mane lepas selalu suami aku nasihat punya nasihat aku macam boleh terima kalu x jadi peguam....ntah macam mana ayahku pun bagi galakkan pula...ayahku siap cakap lagi Nadiah ambil diploma pendidikan lah.....mungkin ayah ku fikir ini yang terbaik untukku. aku jadi guru sekolah rendah.....guru ganti, guru kerumah2 dan kini aku seorang guru disekolah suamiku SMA MAIWP.....masa dapat tawaran tu aku & suami nangis....punyala besar penangan SMA MAIWP tu.........Alhamdulillah


Semua pekerjaan yang pernah aku alami GURU...............orang selalu cakap yang kita x sula tulah kita akan dapat.......aku pun x tahu.bila dipikir2 balik agak2nya kenapa aku lambat dapat tawaran dan dugaan banyak sebelum dapat sekolah suamiku mesti sebab dedulu aku pernah cakap kalau dah tak ada pilihan baru aku akn jadi cikgu....( x baikkan) hmmmmm kini aku besyukur sangat dapat jadi cikgu.....kini juga murid2 la diantara kesayanganku...walaupun aku x dapat ucapan selamat hari ibu tapi aku dapat ucapan "Selamat Hari Guru Ustazah Nadiah"...Aku sangat bangga dapat mendidik anak bangsa & agamaku Islam. Satu kepuasan bagi ku dapat memahamkan pelajar dan memberi kejayaan dunia dan akhirat pada mereka. Aku percaya pasti ada hikmahnya diatas apa yang telah diaturkan oleh Allah s.w.t pada perjalanan hidupku.....aku redha dan akan berusaha untuk melakukan yang terbaik dan cemerlang....Kini suamiku....baba....mama tersenyum riang melihat aku menjadi guru...." suamiku....mama & baba selalu cakap kalau bekerja kene ikhlas, jadi guru ni tanggungjawab dia besar, kita x boleh nak ponteng sesuka hati kene fikir pasal anak murid......orang selalu cakap anak tu amanah untuk ibu bapa.......tapi kalu kita sebagai seorang guru......anak murid tu amanah kepada guru2.......kita lah yang akan mencorakkan kejayaan dan akhlak mereka....


Akhirnya kini aku yang bergelar seorang khalifah, anak, kakak, isteri & kawan adalah seorang GURU. Syukur tak terhingga kehadratMu ya Allah diatas pekerjaan yang mulia ini............SELAMAT HARI GURU kepada semua guru2 di seluruh dunia.....Jasamu tidak terhingga hanya Tuhan saja yang dapat membalas segalanya.






Aku seorang guru

Tidak pernah jemu memikirkan


Yang terbaik demi kalian

Akanku pertaruhkan segala jiwa dan ragaku

Demimu anak didikku

Akan ku jadikan kalian kebanggaan

Kedua ibu bapa, agama dan negara

Semoga kalian peroleh kejayaan di dunia dan akhirat

AMIN


~~~nadisyuk~~

"Guru Pembina Negara Bangsa"



Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung

Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Ahad, 9 Mei 2010

Ibu..Mama...Umi....Emak...Mak...Mummy

Artist: Hijjaz
Album: Damai
Song Category: Nasyid
Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh... ibu
Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena
Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh... Ibu

Jumaat, 7 Mei 2010

Seraut Kasih Secebis Memori


Pertemuan.
Menghadiahkan kita kasih sayang
Bila cinta kita pasti bertemu
Tidak ternilai
Kerana antara hati kita
Telah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya......Cinta kasih Ilahi
Kita berpisah hanya sementara
Kerna pertemuan
Bukan milik kita
*************************************************
Bicara kita adalah bicara hati
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita
Adalah suara hati
Bertemu....berpisah kerana Allah S.W.T

Jumaat, 30 April 2010

Me & Flower






My Baba & Mama




Makan

Suatu hari, seorang anak tanya bapanya.
"ayah,ayah, bila ayah makan,ayah makan gunakan apa?"
ayahnya dengar soalan anak dan jawab,
"Ish, anakku ni, soalan macam ni pun nak tanya.
takan hang tak tau,budak kecil lain pun taulah,gunakanlah tangan.
kan itu adat kita."
"tapi,ayah,cikgu kata silap."
"apa?!!!silap,siapa cikgu kamu tu?biar ayah pi ajar dia.dia jawap apa?"
"cikgu sains saya jawap kita makan dengan mulut.makanan dikunyah dengan gigi"
"-................................................-"

Kenapa Nafsu Degil???????????

"Dalam kitab karangan Usman b Hasan b Ahmad ada menceritakan Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud, "Wahai akal! mengadaplah engkau. Aku ingin tahu darimu, siapakah Aku ini dan siapa pula engkau?" Lalu akal pun menjawab...
"Engkau adalah Tuhan yang menjadikanku dan aku adalah hambaMu yang lemah." Setelah itu Allah memanggil nafsu pula datang mengadap, tetapi nafsu hanya mendiamkan diri. Begitulah sehingga tiga kali ianya dipanggil barulah ia datang mengadap.
Allah berfirman padanya, "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Jawab nafsu, "Engkau adalah Engkau dan aku adalah aku." Allah lalu menyeksanya dalam neraka jahim selama 100 tahun kemudian mengeluarkannya semula untuk disoal. Allah menyoal lagi, "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Jawab nafsu, "Aku adalah aku, Engkau adalah Engkau." Allah lalu memasukkannya ke dalam neraka juu' pula selama 100 tahun, kemudian mengeluarkannya untuk disoal.
Kali ini barulah nafsu mengaku hakikat dirinya, katanya, "Aku adalah hambaMu yang lemah dan Engkau adalah Tuhanku yang Maha Kaya." Dalam kitab yang sama juga ada diterangkan dengan sebab itulah Allah telah mewajibkan puasa bagi mengekang nafsu yang jahat.

Subhanallah..........الله اكبر


ناديه بنت حدري


Khamis, 29 April 2010

Perempuan

Perempuan bagaikan angin
Lembutnya melenakan
Ributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu
Menyaji kasih, menghidang sayang
Adakalanya mereka seperti anak
Ingin dibelai, minta dimanjakan
Adakalanya mereka seperti nenek
Berleter seadanya, merungut semahuannya.
Namun,teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
Bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka

Rabu, 28 April 2010

TIGA

3 perkara untuk mendapat 3 perkara
Barangsiapa yang diilhamkan tiga perkara, maka dia akan mendapat tiga perkara:
1-orang yang diilhamkan untuk berdoa, ianya akan dikabulkan
2-orang yang ditunjukkan untuk istighfar, dia akan diampunkan
3-orang yang dianugerahi petunjuk untuk bersyukur, dia akan memperolehi tambahan rezeki.


Kawan itu ada tiga jenis:
1-yang seperti makanan, setiap masa diperlukan dan selamanya bermanfaat serta menguntungkan
2-yang bagaikan ubat, ada masa-masa sahaja kita perlukan
3-yang sama dengan penyakit, semoga Allah menghindari kita darinya.

Lorong Kedamaian.Damainya Dihati


Lorong kedamaian itu yang ku cari....


Setiap saat dan ketikanya terbayang-bayang di dalam kotak fikiran,
Bilakah kita akan ketemu?

Jawapannya.........PASTI KETEMU.........

Yang pasti kini...ku kan menunggu tibanya saat itu...sabar menanti

Kini Bermula

1. Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang[1].
2. Segala puji[2] bagi Allah, Tuhan semesta alam[3].
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4. Yang menguasai[4] di hari Pembalasan[5].
5. Hanya Engkaulah yang kami sembah[6], dan Hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan[7].
6. Tunjukilah[8] kami jalan yang lurus,
7. (yaitu) jalan orang-orang yang Telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.[9]

[1] Maksudnya: saya memulai membaca al-Fatihah Ini dengan menyebut nama Allah. setiap pekerjaan yang baik, hendaknya dimulai dengan menyebut asma Allah, seperti makan, minum, menyembelih hewan dan sebagainya. Allah ialah nama zat yang Maha suci, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya, yang tidak membutuhkan makhluk-Nya, tapi makhluk yang membutuhkan-Nya. Ar Rahmaan (Maha Pemurah): salah satu nama Allah yang memberi pengertian bahwa Allah melimpahkan karunia-Nya kepada makhluk-Nya, sedang Ar Rahiim (Maha Penyayang) memberi pengertian bahwa Allah senantiasa bersifat rahmah yang menyebabkan dia selalu melimpahkan rahmat-Nya kepada makhluk-Nya.
[2] Alhamdu (segala puji). memuji orang adalah Karena perbuatannya yang baik yang dikerjakannya dengan kemauan sendiri. Maka memuji Allah berrati: menyanjung-Nya Karena perbuatannya yang baik. lain halnya dengan syukur yang berarti: mengakui keutamaan seseorang terhadap nikmat yang diberikannya. kita menghadapkan segala puji bagi Allah ialah Karena Allah sumber dari segala kebaikan yang patut dipuji.
[3] Rabb (Tuhan) berarti: Tuhan yang ditaati yang Memiliki, mendidik dan Memelihara. Lafal Rabb tidak dapat dipakai selain untuk Tuhan, kecuali kalau ada sambungannya, seperti rabbul bait (tuan rumah). 'Alamiin (semesta alam): semua yang diciptakan Tuhan yang terdiri dari berbagai jenis dan macam, seperti: alam manusia, alam hewan, alam tumbuh-tumbuhan, benda-benda mati dan sebagainya. Allah Pencipta semua alam-alam itu.
[4] Maalik (yang menguasai) dengan memanjangkan mim,ia berarti: pemilik. dapat pula dibaca dengan Malik (dengan memendekkan mim), artinya: Raja.
[5] Yaumiddin (hari Pembalasan): hari yang diwaktu itu masing-masing manusia menerima pembalasan amalannya yang baik maupun yang buruk. Yaumiddin disebut juga yaumulqiyaamah, yaumulhisaab, yaumuljazaa' dan sebagainya.
[6] Na'budu diambil dari kata 'ibaadat: kepatuhan dan ketundukkan yang ditimbulkan oleh perasaan terhadap kebesaran Allah, sebagai Tuhan yang disembah, Karena berkeyakinan bahwa Allah mempunyai kekuasaan yang mutlak terhadapnya.
[7] Nasta'iin (minta pertolongan), terambil dari kata isti'aanah: mengharapkan bantuan untuk dapat menyelesaikan suatu pekerjaan yang tidak sanggup dikerjakan dengan tenaga sendiri.
[8] Ihdina (tunjukilah kami), dari kata hidayaat: memberi petunjuk ke suatu jalan yang benar. yang dimaksud dengan ayat Ini bukan sekedar memberi hidayah saja, tetapi juga memberi taufik.
[9] yang dimaksud dengan mereka yang dimurkai dan mereka yang sesat ialah semua golongan yang menyimpang dari ajaran Islam.